CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 16, 2008

>Demi Cinta Laela<



Laela termenung jauh di jendela rumahnya. Entah apa yang difikirkan. Ayu mendekatinya, cuba menyelami kegusaran hati sahabat tercinta. Tubir mata Laela kelihatan bergenang. Menangis lagi. Semenjak dua menjak ini Laela sering kali menyendiri dan bersedih. Ayu pening memikirkan perubahan sahabatnya. Laela tidak sepatahpun menceritakan masalah yang dihadapinya walaupun Ayu mendesak. Nini juga sudah puas bertanya akan masalahnya, tapi Laela hanya diam dan membisu. Kata Laela masalah kecil je, dia mampu menyelesaikannya. Ah, jika kecil mana mungkin Laela akan berkeadaan begitu sepanjang hari. Walau apa cara sekalipun dia akan memaksa Laela untuk menceritakan apa yang mengganggu jiwa sahabatnya itu.

“Laela.. kalau kau masih anggap kami sahabat, ceritakan pada kami apa masalah yang kau fikir. Aku dah sakit mata tengok kau monyok macam ni.”

“Aku tak ada masalah Ayu, Nini. Aku ok.”

“Kau jangan nak bohong orang yang celik macam aku dan nini ni. Kau nak tipu orang buta tak pe..”

“Kau ada masalah dengan Ejoi ek…” Nini cuba membuat serkap jarang.

“Kenapa korang nak kaitkan dengan Ejoi. Dia kawan jelah… aku dengan dia ok. Macam biasa je.”

“Laela, kita kawan dah lama. Aku dan Nini sedia membantu kalau kau ada masalah. Ceritakanlah pada kami. Aku tahu Laela, kau ada masalah. Sampai bila kau nak pendam macam ni.”

“Sudahlah Ayu, Laela mungkin tidak memerlukan kita lagi. Jom kita keluar. Kalau dia rasa kita ni kawan dia, dah lama dia ceritakan pada kita. Tak kirala masalah tu besar ke kecil.”


Nini menarik tangan Ayu menuju ke bilik, Laela ditinggalkan terkebil-kebil di biliknya. Sengaja Nini melakukannya untuk mengajar Laela erti sebenar persahabatan yang sanggup menghadapi susah dan senang bersama.

Seketika kemudian Laela menjenguk kepala di pintu bilik mereka. Ayu dan Nini sering tidur di bilik yang sama walaupun masing-masing ada bilik sendiri.

“Boleh aku masuk?”
Ayu dan Nini saling berpandangan. Mereka tersenyum.


“Masuklah Laela kalau kau rasa kami kawan kau.” Nini masih meneruskan niatnya untuk cuba mengumpan Laela supaya menceritakan masalahnya. Dia faham tentang Laela yang tidak akan senang jika hati sahabatnya terguris.

“Aku minta maaf kalau aku buat korang tersinggung. Bukan niat aku nak merahsiakan dari korang tapi aku tak nak korang menanggung bebannya.”

“Laela.. kita dah lama kawan… takkan kau masih.. ah malas aku cakap dengan kau!” Nini bangun cuba meninggalkan Laela, namun sempat ditahan oleh Laela.

“Aku faham Nini, Ayu…tapi, aku bingung nak memikirkannya.”

“Apa masalah kau sebenarnya?”

“Farid nak kembali dalam hidup aku.”

“What!!!” Nini dan Ayu melopong. Terkejutnya bukan sedikit.

“Kot ya pun kau terkejut, tutup la mulut tu, nanti tak pasal-pasal kau telan nyamuk malam-malam buta ni.” Laela masih mampu berseloroh.

“Betul ke apa yang aku dengar ni Laela…”

Laela menceritakan segala-galanya pada malam itu. Farid Hashim gila talak. Laela mati kutu bila Farid datang kembali ingin menjadi kekasihnya untuk kali kedua. Memang dulu dia menyintai pemuda itu hampir seluruh jiwanya. Sengsaranya Tuhan sahaja yang tahu bila Farid memutuskan untuk meninggalkannya kerana gadis lain yang lebih cantik daripadanya. Sekarang ni dia bingung untuk membuat keputusan. Farid saban hari mengganggu dan mendesak untuk kembali kepangkuannya. Mungkin dan tak mungkin dia akan kembali.

Nini dan Ayu melarang keras kalau-kalau dia ada niat untuk menerima semula Farid. Tapi dia masih menyayangi. Sukar baginya untuk meluputkan kenangan cinta Farid di hatinya. Tujuh tahun menyemai cinta bersama Farid. Sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Farid berubah bila dia berjaya melangkah kaki ke menara gading yang berasingan. Farid tewas dalam mempertahankan cinta mereka. Farid telah menduakan Laela. Air mata Laela menitis lagi. Benar dia masih menyintai Farid tapi lelaki itu telah melukai hati wanitanya.
Dia bingung memikirkan tentang Farid. Kenapa mesti lelaki itu kembali dalam hidupnya untuk kali kedua setelah dia betah berdiri tanpa lelaki itu. Kehadirannya membuatkan luka Laela berdarah kembali. Dia takut untuk menerima semula cinta lelaki itu. Takut andai pisang berbuah dua kali. Nini dan Ayu melarang keras dia menerima Farid semula.

“Laela… aku rasa kau tak patut terima semula Farid. Dia dah banyak melukai hati kau dulu.”

“Betul cakap Ayu tu Laela, kalau kau terima dia semula mungkin dia akan melakukan seperti mana dulu. Aku sebagai sahabat hanya menasihati sahaja, ia terpulang pada kau.”

“Kau fikirlah semasak-masaknya sebelum kau membuat keputusan.”

“Tapi aku sayang dia Nini, Ayu. Tujuh tahun kisah cinta kami, kami lalui bersama, tapi…”

“Tapi tujuh tahun yang lepas tu tidak memberi apa-apa input pada kau. Dia tinggalkan kau. Ada dia terfikir tujuh tahun itu sebelum dia tinggalkan kau. Sekarang bila dia gila talak dia nak ungkit perkara yang tujuh tahun itu. Kau fikirlah semasak-masaknya Laela. Keputusan di tangan kau. Ini untuk masa depan kau.”

“Laela… memang keputusan di tangan kau, kami sebagai sahabat tak nak kau bersedih lagi selepas ni. Tak mustahil dia akan mengulanginya. Kau fikirlah sendiri. Kami hanya menasihati.”

Laela hanya memandang siling yang keputihan dengan pandangan yang berbagai. Kepalanya ligat memikirkan apa yang diperkatakan temannya tadi. Mungkin benar Farid akan mengulangi perbuatannya. Dan dia tidak rela untuk disakiti untuk kali kedua.

##########################

Tika dia bingung memikirkan tentang kehilangan Farid dulu, Ejoi datang mencurahkan cinta. Kenapa Ejoi datang sekarang. Ah…. dia bingung antara Farid dan Ejoi. Cinta Farid dan kasih Ejoi.

“Laela, Ejoi sayang Laela. Sejak lama dulu. Tapi Ejoi takut nak cakap. Ejoi tahu cinta Laela masih pada Farid tapi Ejoi akan tunggu sampai pintu hati Laela terbuka untuk Ejoi.”

“Apa mimpi ni Ejoi… tetiba cakap mengarut macam ni.. Bagi Laela, Farid dah mati. Tiada Farid lagi dalam hati Laela. Dan tidak akan ada lelaki lagi buat masa sekarang dalam hati Laela. Laela ingin bebas begini…”

“Tapi sampai bila Laela?”

“Sampai bila-bila pun tak pe Ejoi… Laela tak ingin lagi disakiti.”

“Tapi Ejoi janji tidak akan menyakiti Laela, Ejoi janji akan jaga Laela.”

“Farid pun pernah berjanji, tapi apa yang berlaku sekarang? Jangan berjanji Ejoi kalau belum pasti akan tunaikan.”

“Ejoi dan Farid orang yang berbeza Laela. Ejoi adalah Ejoi dan tak akan sama dengan Farid.”

“Lelaki…. Ejoi, sama!”

“Tak semua lelaki sama Laela. Fikirkanlah… Ejoi bagi Laela masa untuk fikir. Ejoi akan tunggu seberapa lama lagi.”

Kenangan dua tahun lalu itu kembali mengetuk pintu hati Laela. Tiada siapa yang tahu tentang perkara ini. Ayu dan Nini juga tidak mengetahui tentang ini. Dia tidak pernah menceritakannya. Pada dia biarlah dia menyimpannya sendirian, tidak perlu tergesa-gesa menceritakan pada kedua kawannya itu. Hubungan dia dan Ejoi juga biasa saja. Selepas dari hari itu Ejoi tidak lagi mengungkit tentang perkara itu. Mungkin Ejoi tidak serius dalam meluahkan isi hatinya. Ejoi sahabat yang disayanginya. Sayangnya hanya sebagai sahabat dan tidak mungkin lebih dari itu. Pernah dia cuba menggantikan tempat Farid dengan menyayangi Ejoi tapi ia tidak dapat memaksa hatinya untuk menyayangi Ejoi sepertimana dia menyayangi Farid. Tapi Farid adalah lelaki pendusta.
Ejoi tidak lagi menghubunginya kini setelah setahun berada di perantauan. Kadang-kadang dia rindukan Ejoi. Sebelum ni mereka sering berhubung. Laela tidak betah lagi berdiam bila tiada khabar dari Ejoi.

“Laela!” Lalea berpaling menoleh ke arah datangnya suara itu. Suara yang cukup membuatkan jantungnya bergetar satu waktu dulu.

“Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Lepas ni terpulanglah pada Laela nak menerima abang ataupun tidak.”

“Herm…abang! Laela tak pernah ada abang. Tak ada apa lagi yang perlu dijelaskan Farid. Semuanya dah jelas. Laela tidak akan mengubah sebarang keputusan yang Laela buat. Bila Laela menyayangi, Laela akan betul-betul menyayangi. Dan bila Laela membenci, usah datang seribupun alasan, Laela tidak akan menerimanya.”

“Abang…”

“Sudah!! Laela tidak pernah ada abang!! Pergilah… Jangan ganggu Laela lagi. Laela dah bahagia sekarang dengan hidup Laela… dengan…”

“Dengan siapa Laela… cakap!” keras nada suara Farid. Tangan Laela digenggam kuat.

“Lepaskan Laela, Farid! Laela tak suka macam ni. Lepas!” Dia merentap kasar tangannya di genggaman Farid. Dia melangkah meninggalkan Farid, tak guna melayan lelaki gila talak ni.

“Laela… dengar dulu apa yang abang nak cakap.” Farid menghalang langkahnya.

“Laela tak perlukan penjelasan! Semuanya dah jelas. Dan untuk pengetahuan awak Encik Farid b. Hashim, Nur Suci Laela Abdullah akan bakal menjadi tunangan orang. Jangan ganggu Laela lagi faham!” Dia melangkah pantas. Dia mencari satu bala lagi. Pening dia memikirkan hal itu.
Ayu dan Nini tumpang gelisah melihat Laela tidak senang duduk. Selepas bangun dia duduk, kemuadian bangun lagi. Risau mereka dibuatnya. Dalam kegelisahan itu Laela tidak henti-henti mengunyah.

“Laela, kau ni risau apa. Makan tak henti.” Kemudian mereka sama-sama gelak.

“Kalau Farid tanya korang, pandai-pandai lah korang kelentong ye.. belasah je nama sapa-sapa yang terlintas pada korang.”

“Apa susah Laela, kan aku dah cakap Ejoi ada. Manala tahu nanti jadi betul-betul dengan Ejoi.”

“Ops.. mulut jangan celupar ek… Ejoi takkan la nak suka aku, selekeh macam ni.”

“Kalu dia suka macam mana. Kau terima tak?”

“Emmm….Sebenarnya kan dulu Ejoi pernah ada cakap kat aku dia suka aku. Saja aku tak nak cakap kat korang sebab benda tak tau hujung pangkal…..”
B elum habis Laela bercerita, Ayu dan Nini sudah menerkamnya. “Oo… Pandai berahsia ya… hah!.. kau ingat kami tak tahu ke pasal kau dengan Ejoi. Kau memang tak cakap kat kami tapi kami tahu…”

“Mana korang tahu, Ejoi cerita ek?”

“Ok..ok.. serius sekarang ni. Jangan gelak. Dewan parlimen nak bersidang.”

“Banyak la kau punya dewan parlimen. Izin laluan yang dipertua…”

“Dahla… Ayu, Nini. Kau rasa la kan…. Ejoi masih seperti dulu ke atau dah berubah.”


“Entahla Laela. Kau masih berhubung ke dengan dia?”

“Kami beremel je. Dia jauh di perantauan kan..”

“Terima lah dia Laela. Dah lama dia tunggu kau, aku dan Nini bukan apa… tumpang gembira kalau kau bahagia.”

“Mungkin dia dah lupakan aku Ayu, dah lama dia tak hubungi aku. Email aku dia tak balas.

Mungkin dia dah lupakan aku. Janji hanya tinggal janji.”

“Janji? Apa yang dia janjikan pada kau?”

“Dia kata dia akan tunggu sehingga hati aku terbuka untuk menerima dia. Tapi sekarang ni dia dah tak hubungi aku. Aku berharap dia akan pulang dan mengulangi apa yang pernah dia cakapkan pada aku dulu. Tapi sekarang entahlah. Mungkin dia sudah bosan menanti. Dia sama macam Farid.”

“Kalau dia pulang dan ucapkan lagi pada kau macam mana.?”

“Kadang-kadang aku rindukan dia. Tapi aku yakin dia tidak akan pulang. Mungkin sayang yang dia ucapkan dulu dah tak ada. Sebanarnya aku sudah mula menyayangi dia.”

“Betul apa yang kau cakapkan ni Laela.?”

“Kalau betul pun tak ada gunanya Ayu,Nini. Dah la bincang pasal dia. Kalau Farid tanya tentang aku cakap je.. Ejoi tu tunang aku dia bukan kenal pun. Ejoi pun tak tahu. Kalu dia betul-betul tunang aku kan bagus.”
Ayu dan Nini saling berpandangan. Laela sudah mula menerima Ejoi. Sangkaan mereka tepat.

##########################

Kepulangan Laela disambut mesra oleh ibu dan ayahnya. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Urusan kerjanya terlalu banyak sehingga tidak punyai kesempatan untuk menjenguk keluarga di kampung. Cuti seminggu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Petang itu dia bersama Murni ke kebun limau di belakang rumahnya. Kebun milik ayahnya itulah yang membawa kepada pertemuan pertamanya dengan Ejoi. Waktu itu dia sedang mengutip buah limau dengan Murni. Sengaja dia ingin membaling Murni dengan limau buruk. Tapi bukan Murni yang dibaling sebaliknya Ejoi yang kebetulan datang untuk membeli buah limau. Dia ingatkan Murni yang berada di celah pokok limau, rupanya Ejoi. Habis kepala Ejoi terkena buah limau buruk. Dia tersenyum bila teringatkan kenangannya bersama Ejoi. Dia mula merindui lelaki itu.

“Kak Long…. Murni balik dulu..” sayup kedengaran suara Murni menandakan yang Murni sudah jauh meninggalkannya. Dia berpaling. Terkejutnya bukan sedikit bila sekujur tubuh berada di depannya. Terlalu dekat sehinggakan Laela tidak dapat mengimbangi badannya, hampir jatuh. Namun sempat di sambut oleh tangan sasa jejaka itu. Laela terkedu. Tangan lelaki itu masih melingkari pinggan Laela. Tapi seketika kemudian dia melepaskan lingkaran tangannya, Laela jatuh terduduk.

“ Aduh! Jahatnya.”

“Adillah kan. Dulu Laela baling limau busuk kat kepala kita…” Ejoi duduk bersila di depan Laela yang masih belum bangun.

“Kenapa tiba-tiba muncul depan kita ni.. Dah lama tak dengar cerita. Maklumlah orang sibuk kan?”

“Buruknya muka tunang Ejoi kalau merajuk.”

“Aik.. bila kita jadi tunang dia. Pandai-pandai je buat kenyataan.”

“Tak pe la kalau tak nak tunang kita kawin terus.”

“Malas la nak layan Ejoi. Ni apa cerita tiba-tiba muncul ni. Cuba cerita.”

“Ok.. kita balik dulu.. Dah petang sangat ni. Rumah cerita!” Ejoi bingkas dan menghulurkan tangan pada Laela, lama Laela memerhati.

“Hai..takkan dah jadi tunang nak segan lagi kot.”

“Hoi..Encik Ezrul kita belum jadi tunang awak!”

“Tak pe lah, bakal kan?”

“Malas nak layan.”
Laela bingkas meninggalkan Ejoi. Ejoi melangkah laju menyaingi Laela. Mereka berjalan menuju ke rumah. Laela masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur dan Ejoi terus ke depan rumah. Laela menjenguk sekilas di depan rumah. Kelihatan ayahnya dan Ejoi sedang berborak sesuatu. Mereka bersalam dan Ejoi meminta diri untuk pulang. Laela keluar dan menghantar Ejoi pulang dengan ekor mata.

Lelaki itu yang dirindui kini berada di depan mata. Tapi kenapa? Lama dia tidak dihubungi oleh Ejoi. Alangkah indah andai Ejoi itu benar menjadi tunang aku. Monolognya sendiri. Ketukan di pintu biliknya menyedarkan Laela dari lamunan. Ibunya menjenguk masuk dan duduk di sebelahnya.

“Barang apa kau nak beli untuk majlis nanti?”

“Majlis apa ni mak.?” Dia bingung.

“Ish budak ni. Lusa kan majlis tunang kau. Ejoi tak bagitahu ke?”
“Hah!!” Laela melopong. Ejoi tak cakap apa-apa pun pada dia tadi. “Dia tak cakap apa-apa pun mak.”

“Hai.. budak-budak muda sekarang ni. Esok Ejoi datang nak bawa kau beli cincin.” Kemudian emaknya berlalu.
Dasar Ejoi. Bukan nak cakap kat aku pun dah la tak buat apa-apa persiapan pun. Gumamnya sendirian.

Pagi itu Ejoi datang seperti yang dicakapkan oleh ibunya. Dia tidak percaya dengan yang apa yang berlaku sekarang. Benarkah dia bakal menjadi tunang Ejoi. Dia keluar mendapatkan Ejoi di ruang tamu. Seketika kemudian mereka meninggalkan rumah. Geram dihatinya mesti dilepaskan juga.

“Kenapa tak cakap yang Ejoi datang berhajat semalam?”

“Saja!”

“Ejoi.. dah la tak jawab Laela tanya semalam. Geramnya.”

“Betul ke nak tahu ni”

“Tak ah, gurau je..”

“Laela… Ejoi balik dan datang jumpa Laela hanya kerana satu sebab je… demi cinta


Laela!!”





0 comments: